04 May 2022

TAK BERAPA LARAT NAK JALAN - BAD INDIGO AKUI TAK KE MANA, SAMBUT RAYA SEDERHANA



Penyanyi Bad Indigo yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) itu mengakui Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut secara sederhana kerana masih menyesuaikan diri bagi urusan seharian dengan menggunakan 'walker' sebagai alat bantuan untuk berjalan sejak September tahun lalu.


Disebabkan itu juga, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, mengambil keputusan untuk duduk di rumah saja pada sambutan Aidilfitri yang diraikan, 2 Mei lalu.

"Raya saya sederhana saja, tak ke mana pun. Ya, sejak semalam saya di rumah saja. Saya tak berapa larat nak berjalan. Sebab nak naik turun kereta, bawa keluar masuk 'walker' tu agak sukar buat masa ini.

"Macam sebelum ini, saya masih boleh ke mana-mana. Tapi raya kali ini berbeza dah. Insya-Allah selepas ini dah boleh biasakan diri," jelasnya yang dipetik sebagai berkata Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Bad yang menjalani prosedur memotong semua jari kaki kiri akibat diabetis sejak Mac tahun lalu itu turut memaklumkan, dia juga masih perlu mengawal pengambilan makanan dan minuman bagi keseimbangan gula dalam badan.

"Sejak sakit saya makan tak banyak mana pun. Dari segi kesihatan okay, Insya-Allah. Cuma kaki kanan ada bengkak sikit pula. Tapi okay tu Insya-Allah," katanya.

Ditanya mengenai kemudahan kerusi roda yang disumbangkan Skuad Hijrah Prihatin TV Alhijrah baru-baru ini, Bad berkata, ia banyak membantu memudahkan pergerakannya di tempat kerja.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: