04 May 2022

KEHILANGAN KEDUA IBU BAPA - JASMIN HAMID BERSYUKUR ALLAH KIRIMKAN MENTUA, DAPAT CIUM TANGAN PADA AIDILFITRI



"Syukur Alhamdulillah. Syawal 2022, Allah kirimkan ibu dan bapa mentua untuk saya cium tangannya selepas saya kehilangan kedua 'pintu syurga' saya pada 2016.


"Sayu sangat rasa hati sebab selepas sekian lama saya tak dapat cium tangan ibu bapa dan tahun 2022, Allah kirimkan suami dan mentua untuk saya menyambut Syawal," itulah kata pelakon Jasmin Hamid.

Jasmin meluahkan rasa syukur apabila dapat menumpang kasih dan mencium tangan ibu bapa mentuanya pada Aidilfitri kali ini, selepas lebih enam tahun hilang tempat bermanja.

Klik untuk gambar besar



Pelakon berusia 48 tahun itu memutuskan meraikan Aidilfitri di kampung halaman suaminya, Nazmir Abdul Rahim, 36, dan turut membawa anaknya Ian Haziq, 21, merasai suasana kampung.

Untuk makluman, Jasmin kehilangan ibu bapanya yang meninggal dunia pada 2016. Pada 19 November tahun lalu, dia kembali mendirikan rumah tangga dan memilih Nazmir yang juga pengurusnya sebagai pasangan hidup.

Jasmin pernah mendirikan rumahtangga dengan Ian Rashid Macquistan, namun mereka dikatakan berpisah pada Februari 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak lelaki, Ian Haziq yang turut menjadi pelakon. Jasmin juga mempunyai dua anak angkat iaitu Rohana dan Lukhman Hakim.


























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: