04 May 2022

BUAT KEJUTAN PADA IBU - RITA RUDAINI BAWA ANAK-ANAK PULANG KE KAMPUNG, LEPAS RINDU DENGAN CUCU



Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini telah membuat kejutan pada ibunya, Basariah Ibrahim apabila pulang ke kampung halaman di Kangar, Perlis bersama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11, bagi menyambut Aidilfitri.


Rita berkata, dia tidak memaklumkan kepada ibunya yang dia akan pulang beraya selepas kelonggaran diberikan pada seluruh rakyat Malaysia bermula 1 April lalu termasuk pulang ke kampung.

Ujar Rita, itu adalah detik manis buat dirinya dan anak-anak apatah lagi selepas dua tahun tidak berjumpa ibunya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Alhamdulillah, dapat mama lepaskan rindu dengan dua cucunya. Sebelum ni mama cakap dia rindu sangat pada cucunya (Rayyan dan Arjuna) sebab sudah dua tahun tak jumpa. Memandangkan sudah ada kelonggaran, dengan harapan saya pulang kampung dan sambut hari raya bersama.

Klik untuk gambar besar


"Mama tak tahu pun saya nak balik. Saya sengaja tak cakap sebab nak buat kejutan untuknya. Dengan anak-anak pun saya tak cakap nak balik kampung. Mereka ingat kami nak pergi bercuti. Apabila sampai di kampung, masing-masing terkejut. Saya tengok mama 'happy' sangat," tuturnya.

Berkongsi sambutan Aidilfitri tahun ini, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 46, berkata, seperti biasa dia meraikannya secara bersederhana.

"Sambutan Aidilfitri saya dan anak-anak sederhana saja seperti tahun sebelumnya. Lagipun mereka sudah besar jadi tak adalah nak kelam-kabut. Masing-masing dah pandai urus diri sendiri.

"Cuma apabila pulang kampung kemeriahan lebih pada nak menyediakan juadah raya. Kali ini istimewa sikit sebab dapat berkumpul semula dengan adik beradik yang sudah dua tahun tak jumpa," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: