04 May 2022

SAFIEY ILIAS MOHON MAAF, AKAN MASUK KE PUSAT REHABILITASI: "DIBIMBANGI SAYA AKAN BUAT PERKARA DI LUAR JANGKAAN IAITU BUNUH DIRI"



Usahawan kontroversi, Safiey Ilias atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, 26, yang sudah lama tidak mendengar ceritanya itu memaklumkan dia akan masuk ke pusat rehabilitasi minggu hadapan.


Jelas Safiey, dia dinasihatkan untuk menjalani rawatan sakit mental di pusat tersebut selama tiga hingga enam bulan berikutan tahap kesihatan mental dialami semakin kronik dan membimbangkan doktor yang merawatnya.

"Kalau tak masuk pusat rehabilitasi dibimbangi saya akan buat perkara di luar jangkaan iaitu bunuh diri. Insya-Allah minggu depan saya dah kena masuk pusat rehabilitasi. Perkara ini dicadang dan dinasihatkan oleh doktor psikiatri, Dr Rafidah yang merawat saya sejak 2015 lagi. Katanya, ia bagus demi masa depan saya.

"Jika terus dibiarkan, dia risau saya ambil dadah pula dan rosakkan diri dengan bermacam-macam lagi. Jadi, baik bertindak sekarang sebelum menjadi lebih parah. Dia beritahu saya juga, di tempat itu sudah ramai yang sembuh," katanya.

Klik untuk gambar besar



Safiey dalam masa sama turut memohon doa agar dia berjaya pulih, selain berkata urusan perniagaannya diserahkan sementara pada bapa dan adik sepanjang dia mendapatkan rawatan.

"Saya akan menyerahkan urusan perniagaan kepada adik dan ayah sementara saya dalam proses berehat dan dirawat. Doakan saya. Maafkan saya jika sudah mengecewakan ramai orang.

"Berilah saya peluang selepas saya berjaya memulihkan jiwa dan raga saya. Kepada mak dan ayah, ampunkan saya. Saya banyak kecewakan ayah. Berikan saya peluang terakhir tebus salah. Ampunkan aku ya Allah," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: