04 May 2022

INDIVIDU PADAM KENYATAAN 'MEMONDAN' DI IG SELEPAS ALIFF SYUKRI MAHU SAMAN RM1 JUTA



Semua sedia maklum mengenai kenyataan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mahu menyaman RM1 juta selepas individu yang juga penyanyi memuat naik kenyataan di media sosial dimana dia didakwa memfitnah usahawan kontroversi itu dengan mengatakan dirinya 'memondan' dalam video muzik 'Kelepok Raya'.


Kata Aliff, kenyataan individu tersebut dianggap keterlaluan selain menyifatkan ia tidak wajar dan sengaja mahu memalukan dirinya pada umum. Terkini, individu berkenaan telah pun memadam hantaran yang dimuat naik di Instagram itu.

"Saya pakai baju Melayu dalam video muzik itu. Saya bukan berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap macam tu. Saya jenis tak suka cari gaduh dengan orang. Saya pun tak pernah kenal dia siapa.

"Terima kasih kepada Harian Metro. Kenyataan kata saya nak saman itu kecoh satu Malaysia. Banyak juga portal dalam talian 'pick up'," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar

Ditanya adakah tindakan memadam hantaran itu turut disertakan dengan permohonan maaf, Aliff bagaimanapun enggan mengulas lanjut: "Selebihnya saya tidak mahu komen. Cukup untuk orang tahu dia sudah padam hantaran di Instagram miliknya," katanya.

Bercerita lanjut, usahawan kosmetik berusia 35 tahun itu bersyukur lagu raya yang mencetuskan kontroversi itu masih kekal di tangga teratas carta trending YouTube.

"Sudah 12 hari lagu 'Kelepok Raya' ini trending. Orang kutuk-kutuk pun mereka dengar juga tapi saya okay saja. Saya bersyukur lagu ini trending, malah ramai menjadikan ia lagu latar di aplikasi TikTok," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: