15 May 2022

BILA NETIZEN SIASAT IDENTITI KEKASIH MK K-CLIQUE, HAJAR SITI YANG DIDAKWA ANAK ORANG KENAMAAN DARI PAHANG



Pada 25 April lalu, penyanyi rap popular MK (K-Clique) ada memuat naik foto bersama seorang wanita dengan kapsyen romantis dan memberitahu hatinya sudah dimiliki. Dia turut meletakkan pautan akaun Instagram @hajaarsitii pada gambar tersebut.


Terkini, menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok @sugardoll.finie, penyanyi lagu 'Pulang' itu kelihatan hadir di sebuah majlis rumah terbuka bersama kekasihnya dengan memakai baju sedondon berwarna hitam.

Dalam video tersebut, MK atau nama sebenarnya Muhamad Hairi Amin Hamdan, 26, dilihat sedang berjalan sambil memegang tangan seorang wanita sehingga membuat peminatnya patah hati.

Klik untuk gambar besar



MK turut mengulang siar beberapa posting daripada netizen yang merakam aksi romantik itu. Malah, nama wanita yang dikenali sebagai Hajar Siti pula mendapat perhatian dan menjadi cari paling popular di laman Facebook.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui penyanyi yang juga pelakon itu sudah berpunya. Bukan itu sahaja, ada yang mendakwa gadis berkenaan daripada keluarga ternama yang berasal dari Kuantan, Pahang.

"Sedihnya crush saya dah ada awek." - "Penat saya hafal lagu-lagu awak, last-last dah ada awek."- "Hajar ni cantik tau, lemah lembut. Low profile walaupun emak bapa dia orang ternama dia punya low profile kawan-kawan saja yang tahu." - "Dulu Hajar post dengan close friend je. Sekarang dah tak payah close friends" ujar beberapa netizen.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: