15 May 2022

HAQIEM RUSLI & ISTERI BERBULAN MADU DI TURKI SELEPAS 6 BULAN KAHWIN



"𝐓𝐔𝐑𝐊𝐄𝐘 🇹🇷 Our first honeymoon," itulah tulis penyanyi Haqiem Rusli yang 'terbang' ke negara Turki membawa isteri, Anis Sofea berbulan madu buat pertama kalinya, selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.


Menerusi laman sosial Instagram, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 24, memuat naik momen mereka berdua ketika bersiar-siar di bandar Istanbul untuk tatapan umum.

Melihat pada perkongsian itu lagi, Haqiem dan Anis atau nama penuhnya apnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 20, mengenakan pakaian sedondon berwarna putih.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu di ruangan komen, ramai peminat menitipkan ucapan selamat berbulan madu buat pasangan pengantin muda tersebut. Malah aksi mereka berdua turut mendapat gelaran sebagai Justin Bieber dan Hailey versi Malaysia oleh para peminat.

"Sweetnya pasangan ni, nice." - "Finally dah boleh pergi honeymoon." - "Semoga berbahagia till jannah." - "Woo syokkk oo bercuti di Turki" - "Lebih banyak kebahagiaan suami berikan pada isteri dalam rezeki yang berkah, moga lebih banyak dapat ganjaran pahala suami," demikian komen-komen wargamaya.

Untuk makluman, Haqiem berkahwin dengan Sofea dalam sebuah majlis di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November tahun lalu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: