17 May 2022

DIDAKWA LAKUKAN KHIANAT, ROSAKKAN PALANG PAGAR PERUMAHAN - AWAL ASHAARI MENGAKU TIDAK BERSALAH



Di Mahkamah Majistret Petalig Jaya hari ini, pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.


Memetik laporan mStar, Awal membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Mengikut pertuduhan, Awal didakwa melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, di sini dengan kerugian sebanyak RM600 pada 11.30 pagi, 16 April lalu.

Awal didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela, Datuk M Reza Hassan memohon ikat jamin dikurangkan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya menyara isteri dan dua anak serta menanggung ibu bapanya yang sudah berusia dan pendapatannya tidak konsisten.

Mahkamah membenarkan Awal diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 15 Julai ini untuk sebutan semula kes.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: