17 May 2022

SELEPAS SETAHUN - MIERA LIYANA AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK SEMPENA HARI LAHIRNYA YANG PERTAMA



"Hey little queen, you are not an ordinary girl. You are born with the most divine blessings of Allah. I know one day you will make us proud and We will be the first one to clap for all your achievements and laurels.


"Happy 1st Birthday Rachel Aisyah ❤️ #firstphotoshoot," tulis pelakon Miera Leyana yang akhirnya berkongsi wajah puteri sulungnya kepada umum selepas genap setahun usia anak sulunyanya itu.

Menerusi laman Instagram, Miera, 29, memuat naik foto sempena meraikan sambutan ulang tahun pertama anak perempuannya yang diberi nama, Rachel Aisyah yang dilahirkan pada 16 Mei tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen teruja akhirnya dapat melihat wajah anak pelakon drama 'Memori Cinta Suraya' itu selepas sekian lama menanti.

Terdahulu, Miera berkata dia memilih untuk tidak menghebahkan mengenai kelahiran cahaya matanya itu kepada umum. Malah, Miera turut menghormati permintaan suaminya, Rosland Othman untuk tidak menunjukkan wajah anak mereka sehingga berusia empat bulan.

Untuk makluman, Miera berkahwin dengan Rosland yang merupakan seorang usahawan pada 26 Julai 2020 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: