22 May 2022

LEPAS LAFAZ CERAI TALAK TIGA - KINI AMAR ASYRAF DIDAKWA NIKAH KALI KETIGA?



Semua sedia maklum mengenai rumah tangga pelakon Amar Asyraf dan Vivy Jeffry yang telah menemui titik noktah apabila pasangan ini sah bercerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis lalu, setelah hampir tiga tahun dibiarkan 'gantung tak bertali'.


Belum reda berita pengesahan lafaz cerai, kini timbul pula berita baru dimana aktor itu dikatakan berkahwin kali ketiga dengan wanita dikenali Farhana Yusof.

Menerusi tinjauan ke laman Instagram yang dipercayai milik ibu Amar, terdapat sekeping foto mesra yang dimuat naik pada 19 Mac lalu dimana ia memperlihatkan pelakon itu dengan wanita yang didakwa sudah memiliki dua cahaya mata selain keduanya mengenakan busana berwarna putih.

Lebih menguatkan spekulasi itu lagi, tinjauan ke Instagram yang dikatakan milik salah seorang adik-beradik Farhana, terdapat foto keluarga ketika mereka menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

Dalam foto yang dikongsikan, Amar kelihatan berada di sebelah Farhana manakala dua anaknya hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Arna Salleh iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian turut berada dalam foto itu.

Melihat ke akaun Instagram Amar pula, pelakon berusia 36 tahun itu juga dilihat mengikuti akaun peribadi Farhana selain mereka juga dikatakan sedang menjalankan sebuah perniagaan bersama.

Sementara itu, cubaan media menghubungi Amar untuk mendapatkan pengesahan dan kesahihan berita perkahwinannya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas pesanan WhatsApp.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: