12 May 2022

PEMINAT PUJI MIRA FILZAH BERSERI SELEPAS BERSALIN - ADA YANG MINTA JANGAN TAMPAL 'STICKER' PADA WAJAH BABY



Pada pukul 3.40 pagi Selasa lalu bersamaan 9 Syawal, pelakon dan pengacara Mira Filzah telah selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.


Suami Mira iaitu Wan Emir Astar menerusi laman Instagram miliknya telah mengucapkan berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa mereka yang banyak memberi tunjuk ajar dan nilai pengorbanan tanpa batas daripada mereka kecil.

"Kami ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan terima kasih kepada ibu papa dan mak, abah serta semua yang menyayangi kami sejak kecil dan menunjukkan kami makna ibu bapa yang baik.

"Semoga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb," tulisnya.

Selain itu, rata-rata netizen juga mengucapkan selamat berpantang kepada Mira Filzah dan memuji kecantikan aktres berkenaan biarpun dalam pantang.

Klik untuk gambar besar



"Kak Mira selamat berpantang, lepas bersalin pun cantik." - "Berserinya ibu lepas bersalin." - "Baru lepas melahirkan pun ibu cantik lagi.

"Lepas bersalin pun maintain cantik, kita dulu alahai serabai." - "Glowingnya muka mummy," antara komen-komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang meminta pasangan itu tidak meletakkan pelekat pada wajah anak mereka seperti yang selalu dilakukan beberapa selebriti lain.

"Mira jangan bubuh sticker dengan muka anak okey!" - "Harap tiadalah la sampai ke sudah muka baby tampal sticker," tulis segelintir netizen.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: