20 May 2022

RAKAMAN VIDEO TULAR - LELAKI MIRIP PELAKON & ANAK PENDAKWAH BERCIUM DENGAN WANITA?



Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki yang didakwa mirip seorang pelakon baru dan juga anak kepada pendakwah sedang melakukan aksi tidak senonoh apabila dilihat berkucupan dengan wanita.


Memetik Astro Gempak, video berdurasi 26 saat itu memperlihatkan lelaki berkenaan berpelukan dengan seorang wanita kemudian mengucupnya di bibir.

Akaun TikTok itu turut disertakan Instagram wanita berkenaan yang dipercayai adalah kekasih pelakon itu dan kerana gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profil.

Klik untuk gambar besar



Seperti sudah dijangka, ramai netizen tertanya-tanya tentang kesahihan video berkenaan atau sama ada hanyalah pelanduk dua serupa atau telah disunting.

Tidak kurang juga ada yang meminta pelakon berkenaan supaya memberitahu lelaki dalam video tersebut bukanlah dirinya. Sementara itu, hasil tinjauan di Instagram pelakon tersebut tiada kemas kini terbaru.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: