11 May 2022

TANDAS MEWAH VIRAL GARA-GARA KAPSYEN 'SYURGA' SAKINAH - SHIERA AKUI MILIKNYA, DEDAH BERHABIS RM10 RIBU UBAH SUAI



"Bila aku post tandas tu tak viral pula, bila Kinah (Sakinah) post viral pula! Dia pernah pergi syurga ke? Marah netizen... Tak apalah, itu anggapan dia, dalam lagu pun banyak tulis lirik syurga. Kenapa viral ya? Saya design dan buat ubah suai tandas itu sendiri tau. Nak suruh orang buat harga mahal. Ini tak sampai RM10,000!


"Jamban emas, macam dekat Dubai sikit! Barang-barang itu saya beli di kedai-kedai DIY. Nak suruh orang buat tapi kos mahal, terkejut la tengok harga puluhan ribu... jadi lebih baik buat sendiri," ujar penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah yang berkata video tarian adiknya, pelakon Sharifah Sakinah dirakam di dalam tandas rumahnya, baru-baru ini.

Baru-baru ini, tindakan Sakinah memuat naik video dalam tandas dan menulis kapsyen menyamakan tahap kesejukan seperti 'syurga' itu telah mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial.

Mengakui terkejut bilik air berkenaan menjadi viral kerana kelihatan mewah, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera berkata dia mengubahsuai ruangan peribadi itu kira-kira setahun lalu dengan bajet dianggarkan RM10 ribu.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: