27 June 2022

"AKU TAKKAN CIUM ATAU KIPAS BONTOT SESIAPA..." - IDRIS KHAN ANGGAP HANTARAN DI IG BERSIFAT UMUM



"Mak ayah aku ajar untuk hormat orang tak kira pangkat atau darjat. Jadi, masalah aku adalah aku tak kisah apa panggilan, pangkat, darjat ada dekat nama kau. 'Benda pun boleh beli'. Aku takkan cium tangan sesiapa atau kipas bontot sesiapa. Semua manusia sama.


"Aku penyabar, tapi 'once you cross the line', 'I'm coming for you with everything ive got'," antara hantaran yang dimuat naik pelakon Idris Khan menerusi Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Idris Khan ketika ditanya adakah hantaran dimuat naik itu ditujukan kepada individu tertentu dan isu yang terpalit dengannya, ini jawab pelakon itu:

"Hantaran tu umum saja," jelasnya.

Ia susulan Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 34, berdepan tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap dirinya oleh penerbit terkenal Datuk A Aida selepas didakwa melanggar kontrak drama 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.

Klik untuk gambar besar



Perkara itu dimaklumkan A Aida juga penerbit syarikat A Aida Production dan peguam mewakilinya dari tetuan Zulpadli & Edham, Ashmadi Othman menerusi sidang media yang diadakan pada 24 Jun lalu.

Idris menerusi hantaran itu berkata, kedua ibu bapanya sentiasa menitikberatkan soal menghormati orang. Idris ketika dihubungi berkata, dia berada dalam keadaan tenang dan baik-baik saja.

"Saya okay, gembira dan tenang saja. Saya sibuk dengan memberi fokus pada perniagaan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Insya-Allah. Selain itu, saya sibuk dengan mesyuarat dan 'travelling'," kataya.

Menurut Idris, keluarganya okay dan menyifatkan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ditanya adakah itu menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, Idris berkata ramai pihak memberikan sokongan.


"Keluarga saya okay saja, Alhamdulillah, kita rancang, dan Allah rancang, dan Allah sebaik perancang. Semua ni ada hikmahnya. Kita 'just go with the flow'. Tak perlu tertekan.

"Soal kerja tidak ganggu pun, masih berjalan dan tawaran tetap masuk. Penerimaan orang industri lain sangat positif. Daripada pihak produksi lain, persatuan, artis, ahli politik dan korporat semua sangat positif dan memberi sokongan," tuturnya.

Dalam hantaran lain, Idris berkata dia sedang membina platform global yang akan memberi manfaat kepada pemain industri seni negara.

"Orang tu kata siapa lah Idris Khan ni? Ya okay kita ni kayu bukan nama besar tak hebat. Tapi aku sedang 'develop' satu platform global yang akan bermanfaat kepada pemain industri seni negara, SME dan usahawan.

"Aku lagi suka fokus untuk bantu membina dan bangunkan industri yang telah berjasa pada aku, bukan memecah belahkan industri kita," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: