27 June 2022

"ZARA ZYA... MANIS ORANGNYA" - SHUIB KATA BELUM MASANYA LAGI



Pelawak Shuib akui dia menyedari usaha dan percubaan warga maya untuk 'menjodohkannya' dengan beberapa rakan industri termasuklah pelakon Zara Zya sejak isterinya, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia.


Tampil mengulas gosip tersebut, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad menyifatkan pelakon Zara Zya seorang insan yang manis paras rupa dan baik budi pekerti.

"Zara Zya... manis orangnya... Itulah saja apa boleh saya ulas mengenainya. Tiada apa lagi yang boleh dikongsikan pada ketika ini. Saya maklum netizen dan orang ramai ingin 'kenenkan' saya dengan rakan industri dan sebagainya. Namun, apa yang boleh saya katakan belum masanya lagi.

Klik untuk gambar besar



"Tidak manis rasanya untuk sering berbicara mengenai perkara ini memandangkan arwah (Siti Sarah) meninggal dunia belum setahun lagi," katanya.

Sebelum ini, Zara Zya memohon doa semua apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak, Shuib menjadi viral.

Malah, netizen seakan-akan merestui hubungan mereka dan mahu menjodohkan kedua-dua selebriti itu. Zara turut memuat naik paparan skrin artikel mengatakan netizen suka melihat mereka berdua di TikTok.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: