25 June 2022

BAKAL BERHIJRAH KE TANAH ARAB TAHUN DEPAN - NEELOFA DAH RANCANG SEJAK AWAL PERKAHWINAN



"Masa awal kahwin dulu, kami ada berbincang bersama tentang sambung belajar dan mendalami ilmu hadis. Insya-Allah jika ada rezeki, mungkin kami akan ke sana pada awal atau pertengahan tahun depan. Paling lama pun mungkin setahun kami akan menetap di sana," kata selebriti popular, Noor Neelofa yang merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab bersama keluarganya pada awal atau pertengahan tahun hadapan.


Jelas Neelofa, dia dah suaminya, PU Riz sudah merancang mengenai penghijrahan tersebut sejak awal perkahwinan lagi. Bagaimanapun, Neelofa berkata, buat masa ini suaminya belum mempunyai kata putus dalam pemilihan lokasi untuk meyambung pengajian.

"Tengoklah sama ada di Madinah, Mesir atau di tempat lain yang sesuai. Sebab bila sudah ada anak, kami cuba teroka mana-mana peluang lain yang ada. Insya-Allah, kalau semua okey, kita akan ambil kursus jangka pendek saja.

"Kalau boleh saya nak Muhammad Bilal sudah tahu bercakap sikit, sekurang-kurangnya dia pun dapat belajar bahasa ketika berada di sana nanti," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Akui bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu, dia pernah memasang niat dan mencari peluang untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah sejak sebelum berkahwin.

"Sebenarnya sebelum kahwin dulu pun ada niat nak pergi ke sana, cari kursus belajar bahasa. Namun ketika itu, tidak ada kos yang dibuka untuk pelajar wanita. Perasaan ketika ini lebih ke arah teruja hendak ke sana berbanding rasa gementar," kongsinya teruja.

Terdahulu, Neelofa menerusi temu bual dalam program Nona sebelum ini mendedahkan dia sekeluarga bakal berhijrah ke Tanah Arab untuk menyambung pengajian berkaitan hadis dan al-Quran serta menguasai bahasa Arab.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: