25 June 2022

"AAISYAH PUN SUDAH 8 TAHUN... APA YANG ADA BESARKANLAH" - CHE TA & ZAIN SEPAKAT ENGGAN TAMBAH CAHAYA MATA



Anak bongsu kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana kini sudah berusia lapan tahun. Ramai peminat yang bertanya sama ada pasangan selebriti itu mahu menimang cahaya mata lagi.


Rozita atau mesra disapa Che Ta itu bagaimana berkata dia dan Zai sepakat tidak mahu lagi menambah cahaya mata. Jelas Zain, kesibukan mereka menjadi salah satu sebab ditambah mahu memberi fokus terhadap Aaisyah yang semakin membesar.

"Aaisyah pun sudah berusia lapan tahun, tak perlulah (tambah anak). Saya pun sibuk nak tengok dia. Apa yang ada besarkanlah. Dia pun tak pernah bersuara minta diberikan seorang adik. Pernah juga tanya dia, katanya tak mahu. Sekarang dia lebih untuk mencari rakan sebaya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Che Ta yang sudah berapa tahun bersanding ini berasa teruja ulang tahun perkahwinannya bersama Zain yang kesembilan diraikan dalam majlis penuh gemilang. Lebih manis, majlisnya yang menelan belanja lebih RM100,000 yang ditaja oleh rakan baiknya iaitu Anas Zahrin.

"Awalnya kami hanya nak adakan majlis pelancaran produk inai keluaran saya tetapi tiba-tiba Anas cakap, alang-alang buat majlis malam berinai terus walaupun ulang tahun perkahwinan sebenar kami jatuh pada bulan Disember nanti! Majlis malam ini memang saya lepas tangan. Tak tahu pun atur cara program, saya ikut saja kata pengacara majlis," ujarnya.

Untuk makluman, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana. Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra daripada perkahwinan terdahulu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: