26 June 2022

NIKKI PALIKAT DEDAH SUDAH BERCERAI DENGAN AUDI MOK DALAM TEMPOH PANDEMIK



Bukan senang saya nak cerita tentang perkara ini. Sebenarnya saya sudah bercerai dalam tempoh pandemik. Pada waktu itu ada satu kesedaran bahawa lebih baik begini sahaja dan kekal sebagai kawan.


"Hubungan kami ketika ini lebih baik daripada ketika berkahwin," itulah kata penyanyi Nikki Palikat yang mengesahkan sudah bercerai dengan komposer popular Audi Mok ketika dalam tempoh pandemik baru-baru ini.

Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat itu berkata, perceraian tersebut diambil atas persetujuan bersama dan tiada niat untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan umum. Menurutnya, walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka masih kekal baik sebagai kawan.

Pelantun lagu popular 'Caramu' itu juga memberitahu bahawa cerita perceraian tersebut didiamkan daripada umum kerana dia memerlukan masa untuk menerima takdir. Tambahnya, perpisahan mereka tidak melibatkan orang ketiga.

"Saya tak mahu cerita lagi benda ini bukan kerana nak sorok tetapi saya cuma perlukan masa untuk menerima perkara yang sangat menyakitkan. Kami bercerai bukan kerana orang ketiga tetapi sedar tiada keserasian. Hubungan kami sebagai kawan sangat bagus," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nikki juga memaklumkan bahawa dia bersyukur kerana anaknya, Liam Mok, 11 tahun, menerima perceraian ibu bapanya dengan baik.

"Paling saya risaukan ketika itu ialah keadaan anak dan saya cuba juga nak pulihkan rumah tangga. Namun, kadang-kadang apa yang diusahakan itu, saya sedar yang lebih baik kekal sebagai kawan. Bila teringatkan anak memang sakit sebab selama ini saya pendam segala kesedihan.

Akhirnya saya beritahu anak saya sendiri dan dia terima perkara ini. Pada ketika itu saya rasa lega dan perasaan itu saya ingat sampai sekarang," ujarnya.

Untuk makluman, Nikki dan Audi atau nama penuhnya Audi Mok Chuang Yew mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2009. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Liam pada 27 Oktober 2010.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: