25 June 2022

SHILA AMZAH AKUI SERONOK JADI 'SINGLE', TAPI BUKAN UNTUK HARI-HARI



"Sekarang saya gembira dan bukan dalam proses untuk mencari-cari pasangan hidup baharu. Ia belum lagi, tapi pintu hati saya tetap terbuka untuk menerima orang baharu. Saya tak pernah 'single' terlalu lama. Hidup saya bosan kalau kerja saja dan tak ada apa-apa hubungan. Saya bukanlah tak boleh 'single' terlalu lama. Jadi 'single' ini seronok tapi bukan untuk hari-hari.


"Saya juga tak serik untuk berumah tangga, sebab saya masih muda dan saya yakin semua lelaki bukan sama. Kita tak boleh nak pukul rata semua lelaki." jelas penyanyi Shila Amzah yang mengakui pintu hatinya tidak pernah tertutup untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Shila, 32, berkata, dia sudah mula rasa bosan dengan kehidupan tanpa pasangan selain menegaskan dia belum serik untuk kembali berumah tangga.

Menurut Shila, dia sudah tidak meletakkan sebarang penanda aras tertentu dalam mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup, sebaliknya hanya memfokuskan kepada keserasian dirinya dan pasangan saja.

Klik untuk gambar besar



"Saya dah tak ada ciri spesifik untuk lelaki yang saya mahukan. Orang kata kalau nak doa (dapat jodoh) perlu spesifik. Tapi sebelum ini saya terlalu sepsifik sangat macam kena tinggi dan kena pandai. Selepas ini saya akan lebih terbuka dan tengok mana yang lebih sesuai.

"Kadang-kadang apa yang sesuai dengan kita adalah bukan daripada apa yang kita mahukan. Keutamaan saya adalah keserasian dari segi cara bercakap yang sama dan cara bergaduh yang sama. Maksudnya kita boleh faham bahasa cinta antara satu sama lain. Itu semua penting, kalau tak sama jadi penat dan pada saya memang buang masa," katanya.

Mengulas lanjut kerjaya seninya ketika ini, Shila bakal mengeluarkan single terbaharu berjudul 'Jauh Hati' dan juga lagu duetnya bersama penyanyi Liza Hanim berjudul 'Bahagiakan Dia' tidak lama lagi.

Pada Februari lalu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Shila mengesahkan dia pun sudah bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: