27 June 2022

BEKAS PA DEDAH SIKAP SEBENAR - MAK WAN LATAH TAMPIL NAFI, PERBUATAN SYIRIK ITU HANYA LAKONAN



Nama pelakon Mak Wan Latah baru-baru ini hangat diperkatakan selepas seorang individu mendakwa dirinya bekas pengurus peribadi (PA) Mak Wan Latah memuat naik video di aplikasi TikTok miliknya. Menerusi video dikongsikan, bekas pengurus peribadi dikenali sebagai Amell itu mendakwa akan membongkar siapa sebenarnya pelakon itu sebenarnya.


Dalam tiga video yang tular sejak semalam itu, terpapar luahan rasa individu itu mengenai sikap Mak Wan dan turut ditunjukkan bagaimana Mak Wan melakukan satu upacara aneh yang dianggap bertentangan dengan agama Islam. Melihat pada satu video, terlihat seorang wanita dipercayai Mak Wan dalam keadaan tidak bertudung seperti biasa, sedang menyeru sesuatu.

"Pendampingku, kau datanglah kepadaku. Aku seru engkau datang kepadaku supaya kau halang mereka agar tidak pergi ke sana untuk mengubatkan apa yang telah aku buat kepada mereka," ucap wanita dalam video itu.

Sementara itu, Amell berkata dia sudah lama menyimpan rahsia tentang pelakon itu namun mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri. Bagaimanapun, Amell berkata dia mendedahkan video berkenaan kerana mendakwa turut menjadi mangsa perbuatan pelakon tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.

"Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri. Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000," katanya.

Menyangkal dakwaan tersebut, Amell membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan mempunyai bukti pelakon itulah sebenarnya yang mengambil duitnya. Amell turut memberitahu dia akan membuat satu lagi laporan polis di Ampang berkenaan kehilangan barang kemas miliknya pula.

Bagaimanapun, semua dakwaan bekas pengurus itu semua telah dinafikan Mak Wan berhubung tindakannya yang dikatakan melakukan perkara syirik seperti mana yang terpapar dalam video yang tular di TikTok sejak semalam. Mak Wan ketika dihubungi berkata, itu adalah latihan untuk lakonannya sebagai watak bomoh jahat.



"Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk 'shooting'. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh," jelas Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud.

Ditanya sama ada dia mengenali individu yang didakwa sebagai bekas pengurus peribadinya itu, Mak Wan memilih untuk tidak membuka aib sesiapa dan menyentuh mengenai kesihatan mental individu itu.

"Saya tak nak buka aib sesiapa. Seperti yang pernah saya beritahu bekas suami saya, saya tak nak buka aib sesiapa. Biar sampai mati, saya tetap dengan pendirian saya.



"Otak dia tak betul. Dia akan tulis apa sahaja. Dia nak buat apa, itu hak dia. Kenapa sebelum ini dia puji saya? Sebab dia nak duit saya, kan? Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong dia, kita digigit balik," tuturnya.

Dalam komen lain, Mak Wan juga memaklumkan sudah membuat laporan polis: "Ya, saya tahu dia fitnah saya. Saya dah buat laporan polis. Itu bukan saya nak tunjuk saya hebat, tapi kerana saya nak lindungi diri kalau dia akan buat benda bukan-bukan lagi. Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi," ujarnya.

Dalam pada itum Mak Wan dilihat ada memuat naik video di aplikasi TikTok menutupkan pesanan bahawa kita ini pendosa dan perbaikilah diri untuk ke sana: "Kita ni pendosa cukup-cukuplah, kita perbaiki diri untuk sampai ke sana," katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Mak Wan hanya bertahan tiga bulan sahaja selepas bekas suaminya menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: