04 June 2022

BERCUTI BERSAMA KELUARGA - NELYDIA SENROSE BUKA TUDUNG?



Umum sedia maklum pelakon Nelydia Senrose sudah hampir enam bulan bertudung selepas pulang mengerjakan ibadah umrah Disember lalu. Namun terkini, penampilan adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini mengejutkan ramai apabila dilihat sudah tidak bertudung.


Menerusi beberapa perkongsian di IG Story, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen yang kini bercuti di Bali, Indonesia dilihat sedang bersantai bersama beberapa orang ahli keluarganya tanpa memakai tudung.

Imej bertudung Nelydia sebelum ini mendapat pujian ramai di mana dia memuat gambar ketika kembara percutian di Timur Tengah beberapa bulan lalu. Tidak kurang yang mendoakan isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid ini terus istiqamah.

Dia juga kemudian dilamar oleh satu syarikat jenama tudung sebagai wajah wakilan koleksi raya yang dilancarkan pada 31 Mac lalu. Dalam temubual bersama media sebelum ini berkata, dia tidak terlalu terburu-buru mengesahkan sudah memakai tudung sepenuhnya.

"Penghijrahan ini saya mahu jalani selangkah demi selangkah. Saya memang ke arah itu, cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.

Klik untuk gambar besar



Dalam perkongsian tersebut, ia memaparkan aktiviti santai Nelydia tanpa tudung bersama beberapa anggota keluarganya termasuk adiknya pelakon Raysha Rizrose yang dimuatkan menerusi IG Story.

"Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya yang masih bertatih. Dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.

"Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik," katanya.

Dalam masa sama, Nelydia akur sebagai insan yang sentiasa diuji, terbit kebimbangan hatinya sebagai manusia yang mudah rapuh dan berbolak-balik. Dia juga tidak takut kehilangan rezeki apabila memilih bertudung kerana percaya pada aturan yang ditetapkan Allah.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: