05 June 2022

"MUNGKIN TERLALU RINDUKAN ARWAH SEHINGGA SANGGUP KEJAR SAYA" - 'KEMBAR' SITI SARAH TERKEJUT DIKEJAR PEMINAT DI MALL



"Pernah satu hari ketika saya sedang berjalan-jalan di sebuah pasar raya, seorang peminat mengejar untuk menegur saya. Apabila sudah dekat baru dia sedar saya bukan Siti Sarah. Memang terkejut dan ras kelakar juga dengan kejadian tersebut. Saya anggap dia mungkin terlalu rindukan arwah sehingga sanggup mengejar saya.


"Sebelum ini memang ramai yang menegur wajah saya mirip arwah tapi tidaklah selalu," itulah kata 'kembar arwah Siti Sarah iaitu Emy Nur Faranizah yang berkongsi kisah dia pernah berdepan situasi dimana dikejar oleh peminat arwah penyanyi itu ketika sedang berjalan di sebuah pusat membeli-belah.

Pasti ramai tahu tentang wanita bernama Emy yang tular baru-baru ini kerana wajahnya seiras penyanyi Allahyarham Siti Sarah. Dijemput untuk membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran pelakon veteran Raisuddin Hamzah, Emy berkata bapa arwah Siti Sarah itu terkejut dan terdiam melihatnya.

Klik untuk gambar besar



"Saya melihat uncle (Raisuddin) terdiam sehinggalah saya datang dekat kepadanya. Uncle menegur saya dan kami berborak seperti bias. Uncle juga menunjukakn gambar-gambar arwah ketika kecil dan remaja.

"Uwasi juga nampak terkejut. Mungkin dia pelik ada orang yang tidak dikenali hadir pada majlis tersebut. Dia tidak berkata apa-apa hanya tersenyum sahaja. Pada awalnya memang segan nak hadir majlis tersebut. Bagaimanapun saya tidak mahu hampakan mereka untuk raikan ulang tahun uncle ketika itu," ujarnya.

Sebelum ini, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia tidak sanggup untuk bertemu dengan dengan 'kembar' arwah isterinya itu. Ujarnya. memori dan 'keberadaan' Allahyarham masih diingati dan menebal dalam dirinya dan arwah isterinya tiada pengganti.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: