16 June 2022

DAKWAAN SYAMSUL BAKAL KAHWIN IRA KAZAR - YUSOF HASLAM ENGGAN KOMEN LANJUT, HARAP IA TIDAK AKAN TERJADI



Umum sedia mengetahui mengenai keretakan rumah tangga pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof yang diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar sejak tiga tahun lalu.


Malah timbul desas degus mengatakan aktor dan pengarah filem terkenal itu bakal berkahwin lagi dalam masa tedekat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

Ditanya berhubung dakwaan berkenaan, bapa kepada Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam mengakui terkejut dengan berita itu serta berharap ianya tidak menjadi kenyataan.

"Saya tidak tahu mengenai hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita. Jadi, saya malas hendak komen lanjut. Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi, saya harap ia tidak akan terjadi," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran. Meskipun tidak menulis nama sesiapa, netizen mengesyaki gosip berkenaan adalah merujuk kepada Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Laporan berdasarkan seorang sumber itu mendakwa pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa dengan bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat tersebut.

Sementara itu, Yusof turut kasihan dan bimbang kerana berita seperti itu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya: "Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: