16 June 2022

"ENOUGH IS ENOUGH... I'M SINGLE READY TO MINGLE" - SAJAT PUTUS DENGAN MODEL LUBNAN?



"Now no more word appreciate. Enough is enough. I'm single ready to mingle. Be yourself, but always your better self," itulah tulis usahawan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dimana dia mengumumkan sudah kembali single.


Sebelum ini, Sajat secara terbuka mengakui menjalin hubungan cinta selama dua tahun dengan model dari Lubnan dikenali sebagai Jados. Menerusi entri itu, Sajat seolah memberi bayangan seolah tidak dihargai dan lebih baik move on daripada bertahan dengan orang yang tidak memahami.

Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen sindiran terhadap usahawan itu. Dalam pada itu, ada netizen mengucapkan terima kasih kepada Sajat kerana membuktikan bahawa lelaki juga mampu setia.

Sajat yang kini berhijrah ke Australia meneruskan hidup baru, pada Februari lalu itu memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah. Katanya lagi, dia merasakan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: