22 June 2022

IRA KAZAR: "BY THE WAY, I MASIH SINGLE OK"



Semua sedia maklum mengenai dakwaan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof sudah bertunang dengan anak kepada pelakon veteran, Kaza iaitu Ira Kazar yang sebelum ini hangat diperkatakan.


Bagaimanapun, suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana itu tampil menafikan dakwaan tersebut, selain menyifatkan ianya mengarut.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Ira menjelaskan dia tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki serta menafikan dakwaan sudah bertunang.

"By the way (Selain itu), I masih 'single' (solo)," katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah ada memuat naik paparan di IG Story mengenai laporan mendakwa suaminya bakal berkahwin dengan Ira Kazar.

Malah, dalam perkongsian itu juga seorang pengguna dengan nama, Hannah Montana mendakwa pengarah itu sudah pun bertunang.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: