22 June 2022

"NI SEMUA MINYAK MASAK PUNYA HAL LAH NI..." - SHARNAAZ



"I'm back!!! Dugaan jadi pembakar semangat.. ni semua minyak masak punya hal lah ni... Thank you my brother dtg melawat abang baru balik holishit ourstation...," itulah tulis pelakon Sharnaaz Ahmad pada sekeping gambar dirinya bersama sahabat baiknya, pelakon Shukri Yahya dengan memegang sebotol minyak masak, yang dimuat naik di laman Instagram.


Apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen gambar tersebut dimana Sharnaaz berkata dia sudah kembali dan berseloroh mengatakan semuanya minyak masak punya hal. Menerusi entri itu, Sharnaaz turut mengucapkan terima kasih kepada Shukri yang datang melawatnya yang baru balik dari 'outstation'.

Perkongsian Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dan geli hati dengan gelagat dua sahabat itu. Tidak kurang juga, ada yang mencadangkan pelakon itu menjadi duta minyak masak atau keluarkan jenama minyak masak sendiri selepas ini.

Klik untuk gambar besar



Isnin lalu, Sharnaaz sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan memukul dan menendang seorang lelaki di sebuah kondo di Segambut.

Sharnaaz mengakui panas baran adalah sinonim dengannya namun apa yang dilakukannya itu adalah perlu serta meminta menunggu cerita sebenar daripadanya.

Sharnaaz berkata dia akan membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah serta berharap tiada pihak cuba membuat spekulasi mengenai kes itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: