21 June 2022

SHUK TERKELU BILA DITANYA PAK NIL "BERBALOI KE CURANG?"



Tular video baru-baru ini di aplikasi TikTok yang dikongsikan netizen dimana pelawak Shuk Sahar dijemput dalam program Hard To Heart yang dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi.


Dalam temu bual itu, Shuk mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya, bagaimanapun Rossa Sera belum lagi ke mahkamah untuk proses selanjutnya.

Jelas Shuk lagi, bukan dia tidak cuba mempertahankan rumah tangganya, namun kerana kecurangan yang dilakukannya sejak empat tahun lalu membuatkan isterinya mungkin tidak tahan dan meninggalkan rumah.

Lebih membuatkan Shuk terkelu apabila Pak Nil bertanya soalan adakah dia rasa berbaloi curang berkali-kali sehingga isterinya terluka. Shuk mengakui ianya tidak berbaloi kerana dia kini hilang keluarga dan merasakan hidupnya kosong.

Klik untuk gambar besar



Diakhir program tersebut, Shuk berkata, apa yang terjadi adalah salahnya dan hidupnya kini kosong tanpa isteri dan anak-anak. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang ralat dengan Shuk serta memahami perasaan kecewa Pak Nil terhadap pelawak itu.

Bagaimanapun, netizen tetap mendoakan agar Shuk berubah ke arah lebih baik serta mengambil iktibar di atas apa yang berlaku. Dalam pada itu, ada yang menitipkan pesanan kepada Shuk untuk menyemak kembali hubungan Allah serta dipermudahkan urusan jika mahu kembali kepada keluarganya.

Sejak awal tahun ini, kemelut rumah tangga Shuk hangat diperkatakan apabila isterinya mendedahkan wujudnya orang ketiga. Malah, Shuk juga telah pun menjual rumahnya bernilai RM1.2 juta untuk memulakan kehidupan berikutan kurang mendapat tawaran susulan kontroversinya itu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: