01 June 2022

"KINI DIA BOLEH BERJALAN & MAKAN SEPERTI BIASA" - ISTERI BERSYUKUR ROSLAN AZIZ MAKIN CERIA & BERSEMANGAT



"Alhamdulillah, selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi baru-baru ini, abang Roslan sudah menunjukkan reaksi yang amat positif walaupun dia sudah tidak seaktif dulu. Kini dia boleh berjalan dan makan seperti biasa. Sebelum menjalani kemoterapi Januari lalu, dia tak boleh berjalan langsung dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda saja.


"Sekarang dia juga dah makin ceria serta bersemangat. Apatah lagi, dia reda dan pada masa sama, kami sekeluarga terus ikhtiar berubat," tutur isteri kepada penerbit album, komposer dan jurutera muzik terkenal, Roslan Aziz, 60, iaitu Sopphilea Hamid, 40, yang mengulas keadaan suaminya dimana beliau kini semakin baik dan lebih bersemangat selepas menghidap kanser limfoma tahap empat.

Sopphilea berkata, suaminya juga reda dan tabah menghadapi ujian daripada Allah itu dan semakin menunjukkan perubahan positif selepas selesai menjalani enam kali sesi rawatan kemoterapi di Hospital Ampang, Selangor.

Ditanya juga mengenai aktiviti suaminya di rumah, Sopphilea berkata, Roslan hanya berehat dan sudah tidak berkarya lagi. Katanya, buat masa sekarang Roslan memang 'berehat penuh' daripada bidang muzik.

Pada Ahad lalu, Roslan dipilih sebagai penerima Anugerah Legend Muzik MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bekas pengetua program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) itu disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat sejak Disember tahun lalu dan doktor menjangkakan hayatnya cuma bertahan selama enam bulan.

Roslan yang juga bekas suami Datuk Sheila Majid dikurniakan empat cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz menerusi dua perkahwinan itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: