26 June 2022

NORMAH DAMANHURI BENGANG ANAK BUAT BAIK PUN DIKECAM: "KENAPA HATI KAU BUSUK BERNANAH..."



"Kenapa hati kau busuk bernanah melihat kebahagiaan orang lain? Sentiasa bersangka buruk kpd anak aku, aku tak kacau hidup kau.. kenapa kau kacau kehidupan aku dan emosi aku❗️


"Untuk pengetahuan kau.. bila salesman bagitahu aku kereta aku dah sampai…aku terus kena pergi settle pada hari yg sama. Kereta ni aku dh booked lama! Kau apa tahu❓❓❓

"Hati anak aku suci murni aku didik dengan penuh kasih sayang...yang aku nak bagitahu dengan kau sekarang ni, Aku nak bagi kau hadam. Takda kena mengena sama sekali dengan apa yg kau tuduh terhadap anak aku 🤬‼️" tulis pelakon Normah Damanhuri yang tampil menegur sikap seorang individu yang memberikan komen melampau terhadap anaknya, Kak KM.

Klik untuk gambar besar



Menerusi tangkap layar yang dimuat naik Normah di laman Instagram, individu itu mendakwa tindakan Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberikan hadiah kereta kepada pelakon veteran itu seolah-olah untuk menutup kisah viral melibatkan anaknya baru-baru ini. Normah yang kurang senang dengan tuduhan melampau itu membidas dakwaan individu terbabit.

Terdahulu, Kak KM telah menghadiahkan sebuah kereta baharu yang dibayar secara tunai kepada ibunya. Bagaimanapun sebelum ini Kak KM terpalit kontroversi susulan video menepuk punggung yang melibatkan beberapa pengasas produk tempatan menjadi tular baru-baru ini.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: