21 June 2022

PERSOAL TENTANG TUDUNG - ZARINA ZAINUDDIN BENGANG DENGAN 'SHERRY'



"Napelah awak ni yea dah tua dah buruk tu janganlah hati pun busuk macam bangkai. Antara saya dengan awak, saya dah tentu ada anak syurga saya akan tolong saya masuk ke syurga. Awak belum tentu ya, jadi shut your mouth," ujar pelakon Zarina Zainuddin yang tampil meluahkan rasa berang terhadap netizen yang mempersoalkan tentang tudungnya di laman Instagram.


Menerusi posting itu, Zarina telah menghantar 'direct message' kepada seorang individu yang menggunakan akaun bernama 'Sherry'. Berdasarkan kapsyen, Zarina berkata dia sebelum ini tidak mengambil kisah tentang hal orang lain namun dia perlu bersuara apabila netizen mempersoalkan dirinya sering menggayakan tudung jenama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

Jelas Zarina, dia perlu bergaya dengan tudung tersebut memandangkan dia merupakan duta tudung jenama AS Legacy itu. Lebih membuatkannya marah apabila individu tersebut dipercayai bukan pengikutnya di Instagram tetapi hanya 'stalk' Zarina semata-mata untuk mengutuk penampilannya.

Bagaimanapun, Zarina difahamkan telah pun memadam 'posting' tersebut di Instagram tetapi menurut laporan media, ramai netizen memberikan komen meminta agar Zarina bersabar. Kata mereka, tidak usahlah Zarina ambil kisah dengan teguran negatif atau kutukan yang dilemparkan sesetengah netizen terhadapnya.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: