04 July 2022

"ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKHBAR" - ALIF SATAR BERSYUKUR DOA LIHAT IBU BAPA TUNAI HAJI TERMAKBUL



Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa syukur apabila doa untuk melihat ibu bapanya menunaikan ibadah Haji termakbul.


Alif yang sebelum ini pernah ke Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah umrah memohon agar dapat kembali ke sana pada musim haji namun berharap agar ibu bapanya iaitu Nor Hafiza Muhammed dan Mohd Satar Ramli dijemput terlebih dahulu bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

"Nak ringkaskan cerita, 2 tahun berturut-turut sebelum ni, Alif dapat jemputan menunaikan haji.. tapi dua-dua kali juga Alif tak dapat pergi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.. rasa sedih dia, susah alif nak bagi gambaran.

"Rupa-rupanya, Alif teringat.. pernah dulu waktu umrah, Alif doa di bawah pancur emas Kaabah, "Ya Allah.. please make my next trip here to Your home will be during the hajj season, but before that please let my parents perform theirs first".

Klik untuk gambar besar



"Allah sesungguhnya Maha Mendengar segala permintaan hambaNya dan aturan Dia pasti yang terbaik. So today, is the day Allah granted another one of my doa yet again, Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar.

"Semoga mendapat haji yang mabrur, mama, ayah.. I love you. Semoga Allah jaga mama ayah, sentiasa sihat, selamat dan sempurna amalan mama ayah menunaikan rukun agama kita yang terakhir.. selamat perjalanan pergi dan balik, InsyaAllah.

"Labbaik Allahumma labbaik. Labbaika la syarika laka labbaik. Innal hamda wan ni'mata. Laka wal mulka la syarika lak," tulisnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: