05 July 2022

AZNIL TANYA SIAPA IRA KAZAR - NETIZEN BENGANG SYAMSUL YUSOF HANYA TERSENYUM



Rumah tangga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof bersama pelakon Puteri Sarah Liyana yang didakwa berantakan kerana orang ketiga, hangat diperkatakan sejak minggu lalu.


Baru-baru ini, Syamsul dijemput sebagai tetamu dalam program bual bicara Hard to Heart yang dihoskan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi atau Paknil.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh netizen di TikTok, Pak Nil bertanyakan kepada pengarah itu adakah dia masih lagi menyayangi isterinya. Tidak berlengah menjawab, Syamsul berkata dia masih lagi menyayangi isterinya, Puteri Sarah.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila Pak Nil bertanyakan siapa Ira Kazar kepada Syamsul, dia mengatakan tidak tahu dan hanya tersenyum pada awalnya.

Klik untuk gambar besar



Pak Nil yang tidak berpuas hati dengan jawapan Syamsul itu bertanyakan lagi siapa Ira Kazar, namun anak kepada pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam ini diam seketika sebelum menunjukkan isyarat ‘mengunci mulut’ seolah enggan mengulas lanjut.

Diruangan komen, rata-rata netizen kecewa dan sedih dengan respon Syamsul yang memilih untuk berdiam diri sedangkan isterinya sedang berjuang mempertahankan rumah tangga.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa simpati dengan apa yang dilalui Puteri Sarah apatah lagi selama empat tahun berdiam diri.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: