06 July 2022

ISTERI NAZRIEF NAZRI TERKEJUT KENYATAAN PUTERI SARAH SEBELUM INI YANG TAK MAHU SAMAN IRA KAZAR



Pelakon Puteri Sarah baru-baru ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tanggannya iaitu Ira Kazar. Isu tersebut hangat diperkatakan sejak minggu lalu.


Malah, perkara berkenaan turut mendapat perhatian model dan isteri kepada pelakon Nazrief Nazri iaitu Aizatul Aqma yang mengimbas kembali pertanyaannya kepada Puteri Sarah sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Aizatul pernah bertanyakan Puteri Sarah yang ketika itu tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar.

Aizatul berkata dia mengakui terkejut mendengar jawapan Puteri Sarah yang tidak mahu berbuat demikian kerana wanita itu tidak mempunyai pekerjaan dan bapanya mempunyai penyakit.

Klik untuk gambar besar



"Ingat lagi dulu I tanya Sarah 'kenapa kau tak nak saman dia nok? Makin lama kau biar makin dia pijak kau'. Terkejut dengan jawapan dia, salah satunya 'aku bukan taknak saman, tapi nanti aku saman sapa nak bayar? Perempuan tu tak kerja plus bapak dia ada sakit. Kalau orang tua tu sakit tak boleh nak kerja, sapa nak tanggung family dia weyh'.

"Sara yang I kenal orangnya baik, tak pandai buat jahat dekat orang. Kau paksa lah dia macam-macam, end up dia pilih untuk jaga hati orang lain dulu," tulisnya.

Dalam pada itu, Aizatul turut kagum dengan Puteri Sarah meskipun selama empat tahun diganggu namun tetap menjaga hati orang lain termasuk aib suaminya.

Katanya lagi, jika dia berada di tempat Puteri Sarah belum tentu mampu jadi kuat seperti pelakon tersebut serta menyatakan bahawa ramai mereka di luar sana yang mendoakannya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: