06 July 2022

JAWAB TUDUHAN GATAL NAK BERLAKI - SHILA AMZAH MAHU YANG ADA MATLAMAT, BUKAN KAYA TAPI HARAP DUIT IBU BAPA



"Alahai macam tak sabar sangat nak cari laki ni.. Relaks lah, jangan tunjuk sangat. Dari dulu sampai sekarang suka over kalau bab relationship.. Tunjuk matang sikit Shila. Malu lah macam gatal sangat," itulah tulis seorang individu dimana dia menuduh penyanyi Shila Amzah gatal, tidak matang serta seolah tidak sabar untuk mencari lelaki.


Shila Amzah memuat naik kecaman yang diterimanya daripada netizen di Insta Story miliknya sehingga menjadi perhatian. Tenang membalas kenyataan netizen itu, Shila menidakkan tuduhan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

"Aiyo what is this? Mana Sha pernah cakap benda ni. Kalian ni halusinasi benda lebih-lebih eh padahal Sha tak ada cakap pun. And, salah ke kalau nak happy-happy kalau single sekali pun. Hidup jangan jadi pendengki, binasa diri," respon Shila.

Sementara itu, Shila dalam kenyataan lain mengakui tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan baharu.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 32, pengalaman gagal dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan dia menginginkan seorang lelaki yang mempunyai matlamat dalam hidup.

Klik untuk gambar besar



"Saya sangat terbuka untuk menerima jodoh baharu dan tidak pernah menutup pintu hati. Kalau ia datang pada waktu, keadaan dan perasaan yang tepat, ia akan terjadi tetapi saya tidak boleh tentukan bila dan siapa orangnya.

"Saya mahu mencari seorang yang lebih bekerja keras dan tidak hanya ada bakat. Kalau anak orang kaya sekali pun, tetapi mengharapkan ihsan ibu bapa, saya tidak mahu. Biarlah dia seorang lelaki yang rajin.

"Saya tidak mahu orang yang tiada matlamat dalam hidupnya. Jika dia tidak boleh bertanggungjawab terhadap diri sendiri, bagaimana dia mahu menjaga orang lain. Saya cakap bukan sahaja dari pengalaman perkahwinan lepas, tetapi dari hubungan sebelum ini juga," katanya.

Mengambil pendekatan lebih terbuka, Shila juga kini tidak lagi berselindung soal peribadi dan sedia untuk berkongsi apa sahaja dengan peminat. Menurut penyanyi lagu 'Khilaf Asmara' ini, selama lebih 22 tahun dalam industri seni, dia sudah cukup penat apabila sering kali cuba menepis kontroversi termasuklah kisah cinta.



"Kalau orang tanya saya akan jawab. Selama 22 tahun ini rasanya saya penat untuk menepis... cukuplah apa yang berlaku selama ini! Tiada lagi istilah biarlah rahsia buat saya.

"Tanyalah apa sahaja soalan, saya sudah bersedia. Tiada soalan yang membuatkan saya takut. Namun saya akan pilih peratusan keterbukaan untuk menjawab sebarang pertanyaan," ujarnya.

Shila juga dilihat sering melayan soalan peminat menerusi ruangan soal jawab di laman sosial miliknya. Bercakap tentang kehidupan peribadi, Shila mengakui dia kini bahagia menikmati apa yang dimiliki sekarang ini.

"Soalan-soalan di media sosial memang banyak. Saya akan pilih secara rawak untuk menjawabnya. Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan sedang melalui fasa yang best," tuturnya.

Untuk makluman, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada Februari lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia satu tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: