08 July 2022

DA'I SYED DIKECAM TAK JAGA IKHTILAT, DUDUK RAPAT-RAPAT DENGAN ANNA JOBLING



Semua sedia mengetahui mengenai kes pendakwah selebriti Da'i Syed dimana pada Jun lalu dia dilepaskan dan dibebaskan atas dua pertuduhan jenayah seksual, selepas dua tahun naik turun mahkamah.


Bagaimanapun, baru-baru ini nama pendakwah itu sekali lagi menjadi bualan apabila videonya bersama pelakon Anna Jobling menimbulkan rasa kurang senang netizen. Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu, Da'i Syed dilihat duduk bersebalahan dengan Anna.

Meninjau ke bahagian komen, ramai yang mengatakan Da'i Syed tidak menjaga ikhtilat serta boleh menimbulkan fitnah apabila duduk rapat seperti itu. Tidak kurang juga, ada yang meminta agar membuang sahaja gelaran Da'i itu.

Meskipun dikecam teruk, namun tiada komen balas daripada Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berhubung video berkenaan.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: