07 July 2022

DIDIE ALIAS PERTAHANKAN MAK WAN LATAH: "MASA TU DIA TINGGAL RM15 NAK BELI UBAT... KENAPA PERLU AIBKAN DIA?



"Sejak isu itu bertebaran, setiap hari saya bercakap dengan dia. Saya pesan, pedulikan cakap orang, jangan jawab sangat telefon dan berdoa pada Allah. Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan lindungi.


"Dia pun dah buat laporan polis dan saya nasihatkan biar pihak berkuasa yang bantu selesaikan perkara ini. Masa tu duit dia tinggal RM15, dia kekurangan wang nak beli ubat... sebab dia ada asma.

"Kenapa perlu aibkan dia (Mak Wan)? Sedangkan kamu boleh selesaikan benda ni di luar. Saya kenal Mak Wan, kalau tak puas hati kamu datang jumpa saya. Ini bukan amaran, tapi saya sudah anggap Mak Wan macam ibu. Saya respect dia.

"Kemudian, saya ada dengar pula yang dia (bekas pembantu peribadi Mak Wan) ada buat live dan seakan-akan mencabar saya. Jangan panaskan keadaan, saya tiada untung pun nak jumpa dia.

Klik untuk gambar besar



"Husband nasihat jangan campur tangan, tetapi, saya hanya nak tahu keadaan dan cerita sebenar daripada Mak Wan," itulah kata pelakon Didie Alias yang tampil membuka mulut dimana dia sering berhubung dengan pelakon senior Halimatussa'diah Mohd Daud atau lebih mesra disapa Mak Wan Latah sejak isu itu melanda.

Akhir-akhir ini, hangat diperkatakan isu Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud yang dikatakan mengamalkan amalan syirik seperti yang didakwa bekas pembantunya sebelum ini.

Dalam kenyataan tersebut, Didie memberitahu, Mak Wan kini berada dalam keadaan baik, selain turut menasihati dramatis senior itu supaya tidak melayan cemuhan netizen dan cakap-cakap orang ramai.


Didie juga memberitahu Amell iaitu bekas pembantu Mak Wan pernah menghubunginya untuk berjumpa namun belum berkesempatan.

Beberapa minggu lalu, tular isu yang mendedahkan beberapa video tentang Mak Wan di aplikasi TikTok yang dimuat naik sendiri oleh bekas pembantu Mak Wan yang mendakwa dramatis senior itu merupakan seorang yang panas baran selain mengamalkan perkara syirik.

Isu ini turut mendapat perhatian pelakon Didie Alias yang menjelasakan video tular menunjukkan Mak Wan mengamalkan ilmu sihir adalah salah satu babak dalam sebuah drama.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: