07 July 2022

DITUDUH TAK 'MOVE ON', NETIZEN MINTA KURANGKAN JUMPA NORMAN HAKIM - INI JAWAB ABBY ABADI



Semua sedia maklum mengenai pelakon Abby Abadi yang masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, pelakon berbadan sasa, Norman Hakim demi anak-anak mereka, meskipun sudah berpisah.


Bagaimanapun, ada yang kurang senang melihat keakraban Abby dengan Norman meskipun sudah berpisah sehingga ada yang menuduh Abby belum 'move on'.

Menerusi beberapa perkongsian di Insta Story, Abby berkongsikan soalan dan menjawab pertanyaan netizen itu berkaitan hubungannya dengan Norman yang didakwa keterlaluan. Dalam entri tersebut, Abby berkata dia sudah lama melupakan hal lalu dan tiada apa perasaan pun apabila berhadapan dengan Norman dan Memey.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menuduhkan tidak 'move on' serta meminta supaya tidak selalu berjumpa dengan Norman. Abby bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Ini kerana menurut Abby, bekas suaminya itu selalu datang ke rumah untuk mengambil atau berjumpa dengan anak-anak sekaligu menyelar dakwaan netizen itu.

Klik untuk gambar besar



"Lain kali cakap siang pandang-pandang. Jangan main terjah je. Tak pernah pun saya nak heran nak ada selalu dengan Norman tu ye. Norman tu yang selalu datang rumah saya ambil anak-anak dia, jumpa anak-anak dia.

"Raya pun diorang datang rumah kita. Kita selalu dengan Memey je. Awak malu-malu sikit ye kalau nak tuduh-tuduh. Jangan main sembur je. Mati tak sempat nak minta maaf nanti. Susah kat Masyar tau," tulisnya.

Untuk makluman, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada 2002 namun bercerai pada tahun 2009. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dannia Hakim dan Danisha Hakim.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: