06 July 2022

SYAMSUL YUSOF AKUI DAH PENAT, HANYA MAMPU REDA SAHAJA



"Kita bukan Tuhan. 'Don't take a religion in the wrong way'. Apabila kena pada orang kita, Allah sayang. Tapi, bila kena pada musuh, kata Allah laknat. Apa benda ni, mana engkau tahu? Kita tak tahu. Ini untuk saya (rezeki), dan saya pun tak tahu.


"Saya selalu fikir, saya harap apa yang Allah berikan ini (rezeki) dirahmati, berkat. Saya pun, ialah cuba jaga pantang larang dalam membikin filem. Saya cubalah, saya harap.

"Apapun, saya sentiasa takut apabila meraih kejayaan besar. Macam filem 'Munafik 2' dulu berjaya, saya takut. Ini pula, 'Mat Kilau' tak tahu apa lagi lepas ini, tapi saya hadap sajalah.

"Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau 'Mat Kilau' ini kurang sambutan, mesti akan kata, 'ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas'.

"Apabila dah laku (Mat Kilau), 'istidraj'. Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga," kata pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.

Melihatkan filem arahannya 'Mat Kilau' kini sudah mencatat kutipan lebih RM53 juta, Syamsul mengakui sentiasa takut dengan kejayaan dikecapinya.

Ini kerana jelas Syamsul, dia tahu dan sedar tentang 'Istidraj' yang diperkatakan segelintir pihak. Ujarnya, apa yang pasti dia sentiasa bersyukur di atas segala rezeki yang diberikan.

Menerima pelbagai komen mengenai kejayaan filemnya di tambah pula hangat diperkatakan tentang kemelut rumah tangga, Syamsul berkata dia sudah penat dan hanya mampu reda sahaja.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: