06 July 2022

"APA YANG SAYA BUAT, SEMUANYA TAK KENA" - BABY SHIMA JAWAB KECAMAN MENARI-NARI SEBELAH ANJING, DITUDUH LAPAR PERHATIAN



Nama penyanyi dangdut Baby Shima seringkali hangat diperkatakan selepas menerima kecaman kerana pemakaian dan perbuatannya yang dianggap kurang menyenangkan oleh sesetengah orang.


Kali ini, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, lagi sekali memuat naik video yang mengundang kecaman netizen di TikTok memperlihatkan dirinya dengan seekor anjing.

Dalam video berdurasi 10 saat itu, Shima menari-nari bersebelahan dengan seekor anjing yang diikat dengan rantai seakan-akan kepunyaannya. Bagaimanapun, tidak ada sebarang sentuhan fizikal antara Shima dengan anjing berkenaan dan mungkin video tersebut dibuat hanya sekadar 'content'.

Akan tetapi, perkara tersebut membuatkan ramai netizen seakan-akan memerli tindakan penyanyi dangdut itu dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang 'lapar perhatian'.

Klik untuk gambar besar



Ditanya mengenai kecaman tersebut, Baby Shima mengakui sukar untuknya menutup mulut netizen yang gemar menjatuhkan hukuman kepadanya hanya berdasarkan beberapa hantaran di media sosialnya.

Shima ketika dihubungi berkata, setiap perkara yang dilakukannya sentiasa disalah anggap oleh netizen sekali gus menimbulkan kontroversi.

"Apa yang saya buat, semuanya tak kena. Saya dah tak tahu nak cakap apa dah. Susah nak tutup mulut orang. Kadang-kadang, orang yang buatkannya jadi kontroversi sedangkan saya, biasa sahaja," tuturnya.

Antara tindakan yang menuai kontroversi baru-baru ini adalah, tindakannya memberi makan kepada anjing dan monyet.



"Bagi anjing makan pun orang kecam sampai ada yang berkata, 'nerakalah tempat engkau!' kepada saya. Bagi makan monyet pun, salah juga. Bukankah anjing itu pun lapar juga dan kita patut bagi makanan kepada haiwan. Haiwan pun kelaparan. Bukan salah pun kalau kita menyayangi haiwan," ujarnya.

Shima yang kini berada di Manila, Filipina itu memberitahu video berkenaan yang dimuat naiknya di TikTok itu menyaksikan dia menari di sebelah anjing polis tetapi tidak memegangnya. Shima berkata, kalau pegang sekalipun, tak ada masalah jika tak basah.

Kata penyanyi itu, dia tahu apa dia buat dan ia terpulang kepada pandangan masing-masing.

"Itu anjing K9 polis Manila. Jinak. Bukan saya pegang pun, tapi kalau pegang sekalipun, kita masih boleh sentuh. Jika tak basah pun tak ada masalah. Terpulang kepada pandangan masing-masing. Saya tahu apa saya buat," katanya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: