06 July 2022

"DIA HENTAM MACAM SAYA AMBIL SUAMI DIA... NAK BERPOLIGAMI CARI KETURUNAN BAIK-BAIK" - PUTERI SARAH



Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana telah tampil menerusi Instagram Live bersama rakannya, Nad Zainal, bagi membincangkan perihal rumah tangganya secara terbuka.


Keretakan rumah tangga Puteri Sarah semakin meruncing selepas pelakon terbabit mengambil keputusan untuk menyaman anak kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar.

Sarah menjelaskan dia pernah ingin mengambil tindakan ketika mula-mula diganggu oleh pihak berkenaan, tetapi apabila memikirkan aib suami dan keluarga, dia tidak bertindak demikian.

"Sebab tu saya bertahan selama empat tahun. Selagi saya boleh bertahan saya bertahan. Tapi lama-lama dia menjadi kacau pada mental. Jadi dari situ saya rasa sudah cukup. Kalau mulut saya jahat, dah lama saya cerita (hal berkenaan).

"Sekarang saya baru balik dari JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Saya nak saman bukan sebab saya nak rampas balik hak saya. Itu empat tahun dulu. Sekarang ni saya buat untuk tuntut hak saya dan anak-anak.

Klik untuk gambar besar



"Saya buat dua tuntutan - mengganggu ketenteraman saya itu sebagai kes civil. Yang saya report pada JAWI dan JAIS adalah sebagai gangguan rumah tangga itu jenayah. Saya harap semua orang doakan benda ni jatuh sebagai jenayah," tuturnya.

Menerusi perkongsian Puteri Sarah menerusi platform media sosial itu, Nad turut meluahkan rasa kurang senang terhadap orang ketiga yang juga punca keretakan sebuah keluarga.

"Walaupun saya bawa watak penyondol, tetapi saya benci spesis ini sebab kita ni perempuan, sepatutnya kita saling menyokong satu sama lain. Apa pun terjadi, kalau si suami burukkan isteri, kita kena fikir balik, mungkin pada masa akan datang dia boleh burukkan diri kita pula nanti.

"Fikirkan dua tiga kali sebelum mengambil hak orang. Jangan jadi seperti Kirana (watak dalam Dosa Seorang Isteri). Apa pun kita doakan Sarah kuat sebab semua tahu semua di pihak kamu. Kamu sejenis wanita kental," kata Nad.



Dalam pada itu, Sarah turut memberitahu yang dia berasa pelik kenapa pihak ketiga berkenaan bersungguh mengacau rumah tangganya seperti dirinya pula orang luar.

"Sepatutnya saya pergi hentam dia, ganyang dia. Tapi dia yang hentam saya macam saya ambil suami dia. Ni dah terbalik. Saya ada kawan yang bergelar isteri kedua. Saya tengok kawan saya tu hormat yang pertama. Tapi dia kena ganyang dengan bini pertama serta kena santau. Itu sepatutnya berlaku," ujarnya.

Menjawab tuduhan netizen mengatakan dia menghalang suaminya, Syamsul Yusof berpoligami, Puteri Sarah berkata dia tiada kisah namun fahami terlebih dahulu erti poligami dan carilah wanita dari keturunan yang baik-baik.

"Semua orang kata saya halang poligami. Rasulullah SAW sendiri berkahwin lain selepas kewafatan Siti Khadijah. Para lelaki di dalam ini (Instagram) tolong dengar baik-baik.



"Rasulullah tak suka Fatimah az-Zahra (anaknya) dimadukan. Jadi korang baca dulu dan fahamkan. Jangan main cakap kata lelaki boleh kahwin empat. Lagi satu, kalau lelaki nak berpoligami cari keturunan yang baik-baik. Cari bakal isteri yang baik," jelasnya.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Khamis lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan atas sebab itu, mereka juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: