17 July 2022

DISARANKAN BEREHAT PANJANG SELEPAS JALANI PEMBEDAHAN SLIP DISC - FAD BOCEY AMBIL RISIKO KEMBALI BEKERJA



Pelawak dan pelakon, Fad Bocey yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan akibat penyakit slip disc itu memilih untuk kembali bekerja meskipun disarankan berehat panjang.


Meskipun sedar akan risiko yang dihadapinya, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fazlie Mohd Nizam berkata, dia perlu bekerja disebabkan beberapa komitmen penting yang perlu diteruskan.

"Doktor kata untuk saya kembali pulih macam dulu itu boleh dan untuk kembali seratus peratus mungkin mengambil masa yang agak panjang, anggaran enam hingga ke satu tahun dicadangakan berehat.

"Sejujurnya nasihat doktor sangat banyak yang masih belum membenarkan saya buat itu dan ini, tapi sayaacuba bertolakansur dengan doktor dan kata saya tidak boleh berhenti secara tiba-tiba disebabkan beberapa komitmen yang saya dah lock.

Klik untuk gambar besar



"Kemudian doktor kata saya boleh bekerja, cumanya saya perlu hadkan pergerakan saya. Tidak lama lagi saya akan bertanding dalam Muzikal Lawak Supertstar, alhamdulillah rakan sepasukan saya sangat memahami keadaan saya.

"Saya bersyukur masih boleh berbual seperti biasa, suara masih jelas dan boleh bernyanyi. Kembali bekerja tanpa berehat panjang ini sebenarnya adalah satu tindakkan yang amat berisiko yang saya ambil. Syarat doktor berikan kepada saya tidak boleh untuk tidak hadir sesi fisioterapi dan mesti makan ubat yang diberi," kata Fad.

Tambah Fad yang selamat menjalani pembedahan pada 9 Julai yang lalu, dia turut menerima beberapa petua yang dikongsikan rakan-rakanya dan meluahkan ucapan terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kesihatannya.


"Saya ada menerima nasihat dan petua-petua dari rakan saya yang sebelum ini pernah menghidap sakit yang sama, jadi saya ada ambil dan guna tips yang mereka kongsi. Sekarang ini bila dah lepas pembedahan, saya tidak boleh duduk macam dulu, saya akan sedikit membongkok.

"Saya sekarang ni tak boleh berdiri terlalu lama dan duduk terlalu lama. Terima kasih kepada isteri saya sebab banyak jaga dan bantu saya, terima kasih juga yang doakan kesihatan saya," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Fad bakal beretap menerusi Muzikal Lawak Supertstar musim ke-3 dengan bergandingan bersama Sharif Zero dan seorang pengsohor media sosial, Namie dengan menggunakan nama kumpulan Ubi3.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: