17 July 2022

"SAYA TIDAK MAHU BUAT IVF SEBAB SAYA DAH PERNAH BERANAK..." - NABILA HUDA MAHU KEKAL POSITIF



"Saya dah berkahwin hampir tujuh tahun. Siapa je tak mahukan anak? Saya memang mahukan anak lagi. Keisha pun dah besar. Kalau boleh saya mahukan anak yang ramai dan setiap tahun ada zuriat. Kita dah pun berusaha dan mencuba yang terbaik tapi rezeki itu belum sampai lagi. Saya dan suami sudah pun buat pemeriksaan. Doktor kata kami tiada masalah.


"Mungkin Allah tahu bila masanya yang sesuai. Siapa tahu tahun depan saya dah mulai beranak pinak. Kita aminkan sahaja," itulah kata selebriti versatil, Nabila Huda yang percaya Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik meskipun dia kini masih belum dikurniakan zuriat selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan Johar.

Menurut Nabila, dia bersama suami sudah pun membuat pemeriksaan dengan pihak doktor dan hasilnya mengatakan mereka tidak mempunyai sebarang masalah. Pada masa sama, Nabila memaklumkan dia juga tidak bercadang untuk melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai altenatif untuk memiliki zuriat.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak mahu buat IVF sebab saya dah pernah beranak. Jalannya sudah ada. Jadi, saya rasa tak perlu. Suami saya pun tak sarankan saya buat IVF. Dia kata kenapa nak sakitkan diri saya? Kalau para isteri yang ada waktu lapang dan menjadi suri rumah sepenuh masa, mungkin okay bagi mereka untuk duduk dan berehat sahaja. Tapi saya tak boleh macam tu.

"Ramai yang cadangkan saya untuk buat IVF tapi sebolehnya saya tidak mahu. Buat masa sekarang, saya dengar apa kata suami saya walaupun saya tak pernah lalui prosedur tersebut. Katanya IVF itu menyakitkan untuk saya tanggung.


"Kemudian bila berjumpa dengan orang yang berpengalaman, mereka juga kata perkara yang sama. Ada juga yang mengalami rasa sakit yang teruk dan rasa seperti terseksa tapi sebab mahukan anak, mereka lalui sahaja. Mungkin itu bahagian dan kisah mereka," jelasnya lagi.

Jelas anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search itu lagi, dia sentiasa mahu kekal positif dan menganggap tempoh ini sebagai waktu untuk mereka berbulan madu.

"Saya mahu kekal positif. Tak mungkin saya tak boleh beranak lagi. Sebab saya dan pernah mengandung. Kalau yang tak pernah tu, kita faham mungkin ada masalah mereka sendiri. Jadi, saya akan terus sabar menunggu. Kalau tiada, kami akan teruskan sahaja fasa honeymoon ini," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: