16 July 2022

KINI TUNANGAN ORANG - SHAHIR HARAP BERJALAN LANCAR SEHINGGA HARI PERKAHWINAN



"Orang kata tempoh bertunang ini ada dugaannya, jadi saya mengharapkan segalanya baik-baik sahaja dan tidak terlalu lama. Insya-Allah majlis perkahwinan akan diadakan dalam tahun ini juga, tetapi kata putusnya akan ditentukan nanti," jelas penyanyi Shahir Zawawi yang teruja apabila selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya selepas solat Zohor pada petang Sabtu.


Majlis yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di kediaman keluarga wanita terbabit yang terletak di Merotai, Tawau, Sabah. Kata Shahir, 34, sifat lemah lembut dan mudah didekati membuatkan dirinya tertarik dengan wanita yang dikenali sebagai Ekin.

"Ada beberapa karakter yang dia miliki membuatkan saya tertarik untuk jadikan sebagai isteri. Bagi saya perkahwinan, wanita bukan sahaja bergelar isteri, tetapi boleh menjadi kawan untuk tempat kita saling berkongsi susah senang bersama," katanya.

Shahir turut menjelaskan pertunangannya itu dilakukan untuk memenuhi kehendak keluarga dan sekadar simbolik ikatan kekeluargaan. Penyanyi lagu 'Dia Yang Kau Pilih' itu turut mengakui pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah.

Klik untuk gambar besar



"Sepanjang 12 tahun menyanyi saya memang selalu mendapat tawaran persembahan di Sabah, tetapi asyik gagal. Majlis pertunangan ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di Sabah, rupa-rupanya selepas ini setiap tahun saya akan pulang ke sana untuk beraya," tuturnya.

Dalam pada itu, Shahir menasihatkan tunangnya agar bersedia berdepan dengan masyarakat lebih-lebih lagi apabila menjadi pasangan selebriti. Katanya, lumrah apabila berada dalam industri, perkara peribadi antara hal yang akan turut disoal.

"Saya ada memberitahunya agar bersedia untuk berkongsi sedikit soal peribadi dengan masyarakat. Sebahagian hidup dia kena kongsikan dengan peminat. Walaupun sebelum ini dia rasakan perkara itu privasi, tetapi apabila berada dalam lapangan hiburan, mungkin sedikit daripada itu perlu dikorbankan," kata Shahir.


________ IKLAN ________

JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.

Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!

Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama secara percuma...

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah istimewa. Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: