17 July 2022

VANIDAH IMRAN BUAT MAJLIS KAHWIN KECIL-KECILAN - MOHON MAAF JIKA ADA PIHAK TERASA



"Majlis diadakan kecil-kecilan sahaja kerana mengambil kira faktor kesihatan kedua ibu bapa kami. Mohon maaf jika ada saudara-mara atau kawan-kawan yang terasa hati," ujar pelakon jelita Vanidah Imran yang memohon maaf andai ada pihak yang terasa hati jika tidak diundang ke hari bahagianya bersama suami, Arifabillah Idris.


Menurut Vanidah atau lebih mesra di sapa sebagai Vee, 49, dia membuat majlis secara kecil-kecilan atas faktor kesihatan kedua-dua orang tua mereka. Dalam pada itu, pelakon filem 'Mami Jarum' itu melahirkan penghargaan buat semua doa dan ucapan tahniah yang diterima bagi melayari bahtera rumah tangga untuk kali kedua.

"Vee nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atau ucapan tahniah, ingatan dan kiriman doa dari semua, sama ada secara peribadi mahu pun di media sosial.

Klik untuk gambar besar



"Moga Allah SWT kabulkan doa-doa tersebut dan dikembalikan juga pada anda semua. Kami berasa syukur dan sangat terharu dengan ucapan dan komen positif dari semua. Terima kasih sekali lagi atas segala kasih, doa dan sokongan yang diberikan selama ini. Vee sangat menghargainya," ucapnya lagi.

Pada 7 Julai lalu, Vee dan Arifabillah disatukan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis di ibu kota. Vee menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.

Untuk makluman, Vanida pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal, Rashidi Ishak pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata. Pasangan ini sah bercerai pada Ogos 2018.

















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: