18 July 2022

TIDAK TRAUMA KAHWIN LAGI - SITI SALEHA MAHU LELAKI YANG 'SIMPLE', DAMBAKAN KEBAHAGIAAN



"Siapa yang tak nak kahwin. Mestilah saya pun nak tapi bukanlah sekarang, kena ambil masa. Sejujurnya, saya sendiri memang nak kahwin lagi tetapi kena perlahan-lahan memilih (pasangan). Sabarlah. Kalau jadi nanti (kahwin), saya cuma mahukan lelaki yang simple (ringkas).


"Paling penting boleh terima diri saya dan apa yang saya lakukan kini. Doakan saya," kata pelakon Siti Saleha yang akui dia tidak trauma dengan apa yang berlaku, meskipun berdepan kegagalan rumah tangga awal tahun ini.

Dalam masa sama, Saleha berkata, dia juga mendambakan kebahagiaan untuk hidup berpasangan sama seperti wanita lain.

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami, Siti Saleha bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun mereka bersikap profesional antara satu sama lain.

Untuk makluman, Siti Saleha berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada Julai 2017, namun pasangan itu sah bercerai talak satu pada 17 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: