18 July 2022

PUTERI SARAH SAMAN NETIZEN, TUDUH TAK NAK CERAI SEBAB SUAMI KAYA: "PENGAJARAN KEPADA ORANG LUAR..."



"Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang. Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun 'penyondol' yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia," demikianlah komen seorang individu dimana dia memburukkan pelakon Puteri Sarah mengenai rumah tangganya.


Puteri Sarah berkongsi komen netizen tersebut menerusi laman Instagram. Perkongsian isteri kepada pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof itu menjadi perhatian apabila dia memfailkan notis saman fitnah terhadap individu berkenaan yang didakwa bercakap tidak benar mengenai dirinya di media sosial.

Sarah berkata, tindakan itu diambil sebagai satu pengajaran kepada netizen diluar sana tidak membuat spekulasi tanpa bukti kukuh. Sarah juga memuat naik notis saman terhadap individu itu di Instagram menerusi peguamnya, Natasha Basheer and Associate.

Klik untuk gambar besar



"Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dengan apa yang korang lihat dan dengar tanpa bukti yang kukuh. Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri," tulis Puteri Sarah.

Perkongsian Sarah ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan sokongan kepada pelakon itu serta bersetuju dengan tindakan saman berkenaan.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: