05 July 2022

"TAK KISAHLAH SYAMSUL NAK BAYAR SAMAN IRA KAZAR KE TAK..." - PUTERI SARAH



Puteri Sarah Liyana baru-baru ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan mengganggu rumah tanggannya. Hal tersebut hangat diperkatakan netizen yang bersimpati dengan nasib pelakon itu.


Baru-baru ini, Puteri Sarah menerusi laman Instagram miliknya telah memuata naik foto dia meluangkan masa bersama anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. Melihat pada foto berkenaan, dapat dilihat kedua-dua anak Puteri Sarah sangat gembira dapat meluangkan masa bersama ibu mereka.

Perkongsian Puteri Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan kekuatan pelakon itu serta mendoakan agar urusannya dipermudahkan. Malah, ada yang bertanyakan adakah Sarah sudah melihat video viral di TikTok suaminya bersama pelakon Kazar di sebuah kedai emas.

Klik untuk gambar besar



Puteri Sarah bagaimanapun berkata dia tidak kisah mengenai video berkenaan dan tidak hairan jika Syamsul mahu membayar saman Ira Kazar kerana dia tetap akan meneruskan saman.

"Tak kisahlah Syamsul nak bayar saman Ira Kazar ke tak, janji saman tetap saman dan masuk kes jenayah," ujarnya.

Semalam, mahkamah memerintahkan Ira tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial serta berhenti mengeluarkan apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah sehinggalah perbicaraan penuh kes berkenaan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: