05 July 2022

VIDEO BERADA DI KEDAI EMAS DENGAN BAPA IRA KAZAR DIKECAM, PEGUAM TELITI RAKAMAN - INI JAWAB SYAMSUL YUSOF



"No komen. Ini lah komen saya," itulah tulis pelakon dan pengarah Syamsul Yusof secara ringkas berhubung sepotong video yang membabitkan dirinya bersama rakan pelakon, Kazar Saisi di sebuah kedai emas tular di Tik Tok, sejak semalam.


Melihat pada video terbabit, Syamsul, 37, dan Kazar dikatakan bekerjasama terbabit dalam 'content' untuk mempromosikan emas di sebuah kedai emas yang terletak di luar ibu kota.

Untuk makluman, Kazar merupakan bapa kepada wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang kini hangat kerana didakwa terkait susulan kontroversi rumah tangganya bersama pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Meninjau ke bahagian komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang terhadap video yang dikongsikan di dalam platform Tik Tok itu.

Klik untuk gambar besar



Malah, peguam kepada isteri syamsul iaitu pelakon Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader pula dipetik akan meniliti rakaman video tular tersebut.

Akberdin berkata, sekiranya rakaman terbabit didapati melanggari perintah interim injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen pada 24 Jun lalu terhadap Ira serta pihak berkaitan, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.

"Saya baru difahamkan mengenai klip video itu tapi pihak kami akan menelitinya terlebih dulu. Saya enggan menghakiminya pada peringkat ini kerana kami perlu 'study' dulu sama ada dia (Ira Kazar) melanggari perintah interim injuksi ini.



"Selepas itu barulah kita akan membuat rumusan jika perkara ini mempunyai kaitan dengan penghinaan sebab interim injuksi ini bukan setakat kepada Ira seorang saja, tapi ejen-ejen serta pihak yang mempunyai kaitan dan jelas bapa dia mempunyai kaitan dengannya.

"Kalau kita rasa ada pelanggaran perintah mahkamah dan barulah pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: