06 August 2022

AKIM & STACY SELAMAT TIMANG ANAK LELAKI



"Segala pujian selayaknya untuk-Mu ya Allah, jam 10.19 pagi 6 ogos 2022 bersamaan 8 muharram 1444 hijrah. Isteriku tercinta @stacyanam telah selamat melahirkan anak lelaki kami, Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar," demikianlah tulis penyanyi Akim Ahmad menerusi laman Instagram miliknya.


Dalam status terbaru tersebut, Akim meluahkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan serta menzahirkan ucapan terima kasih buat isterinya yang juga penyanyi iaitu Stacy Anam apabila selamat melahirkan anak lelaki mereka sekitar jam 10.19 pagi tadi.

Akim turut memuat naik gambar anak keduaya namun tidak didedahkan wajahnya. Perkongsian Akim itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Untuk makluman, Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 5 tahun serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella Deluna berusia 10 tahun.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: