06 August 2022

"AWAK NAK JADI SAYA? KITA TUKAR SEKARANG" - ELYANA AKUI MATA TAK JELAS, PENDENGARAN ROSAK, MEMORI HILANG & SAKIT SARAF



"Siapa kata senang jadi saya? Hari ini telinga saya pula tak dengar sebelah. Jadi mahu ke hospital lagi. Awak nak jadi saya? Kita tukar sekarang. Untuk pengetahuan anda, mata tak berapa jelas, pendengaran rosak, memori hilang, sakit saraf, sendi dan macam-macam lagi.


"Itu adalah perkara normal untuk mereka yang terlalu lama menahan sakit dengan kemoterapi atau radioterapi serta ubat-ubatan," ujar penyanyi Elyana dalam perkongsian terbaru di Insta Story dimana dia memberitahu mula mengalami kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi yang dijalaninya sebelum ini seperti masalah pendengaran dan penglihatan.

Menurut Elyana, kesan sampingan itu adalah perkara biasa dialami pesakit kanser lebih-lebih lagi sudah terlalu lama menjalani rawatan serta pengambilan ubat. Elyana berkata demikian bagi menjawab persoalan netizen yang mendakwa dia lupa diri selepas disahkan bebas kanser.

Sebelum ini, Elyana ada memuat naik paparan perbualan individu yang cuba memberi nasihat kepadanya namun menghina dirinya serta menuduhnya sengaja mencari simpati.

Pada Disember tahun lalu, penyanyi Elyana berkongsi khabar gembira akhirnya bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: